Tuesday 15 December 2009

BORING....





Sebenarnya tak tau nak citer aper tapi tengok la beberapa gambo ni.



CAntik TAk????


Wednesday 21 October 2009


Salam semua.. la ni makin rajin plak mengedit blog ni..internet ok..time pun ok leh la buat..hehehe..

banyak benda nak tapi tapi tak tau nak citer aper...
na..ni masa aku try nak main paint ball..depa bagi 10 peluru tapi satu pun tak kena..susah jugak kan...

Tuesday 20 October 2009

Anakku Senyum..........

Saya la anak ibu....cak...

Wednesday 2 September 2009

Salam Ramadan


Hari ni ni dah 12 hari puase.. kat sini dah 2 hari tak hujan...jadi penat dan panas la plak 2 hari ni..ni saya nak citer berkaitan pakai mask ( topeng muka)...kita seluruh malaysia dah digemparkan dengan penyakit H1N1... cara pencegahannya ialah menutup hidung dan mulut ketika bersin dan batuk..sekiranya ada simptom selsema pakai la topeng..tapi kita tak leh jangka adakah org yang sakit itu pakai mask...jadi kit akena protec diri kita sendiri..

minggu lepas saya dan hubby p gaint & evonsafe sungai petani.. sedih betul la orang yg pakai mask boleh dikira dengan jari.. ada yang batuk beria - ia tapi x pakai ape pun...ada tisu pun dah 'teruk'... di mana kesedarannya orang kita yer...bukan takde yang mati...pelik betul la..
saya dan hubby pakai mask ( untuk protec diri) semua pakat tengok dan tarik tudung tutup mulut..depa pikir kami berpenyakit kot...entah la..
kalu boleh saya syorkan yang ada masalah kesihatan, asma, mengandung, dan pelbagai penyakit kronik pakai la mask untuk lindungi diri sendiri..jangan la malu...JAGA LAH DIRI KITA SENDIRI.

Monday 24 August 2009

Sunday 23 August 2009

Selamat Berpuasa....


Selamat berpuasa kepada semua umat islam di dunia..aku baru sat tengok blog org2 lain..ooo..camtu nak buat blog..ari ni nak citer pasal bulan pose ni..

tahun ni tahun ke 4 aku berpuasa di Baling kedah.. kat sini yang best bazar ramadannya.. makanan semua yang terlintas di fikiran ada dijual disini... harga pun ada yang sekupang sebijik..beli seringgit dah kenyang.. untuk 2 hari ni aku beli ala-ala kaf\dar jer.. lagipun xjejak pun lagi bazar ramadan...bukan aper susah nak parking keta..kalu bawa hubby aku lagi la malas dia..inikan pula nak bawa si kecik tu..susah..susah..

pagi ni sikecik bangun sahur biasa la dia pun nak bersahur juga, berbuka dia yang dulu...hehehe

selamat berpuasa....


selamat berpuasa kepada semua yang mengenaliku...eh ada ker org tengok blog aku ni...hehehe

hehehe

Sunday 24 May 2009

Ayah dan Anak


Ni dia 2 heroku....ayah dan Ali..amboi manjanye dia...sory bang...

Tuesday 19 May 2009

Putera Sulung ku...


Kenangan dan pengalaman melahirkan putera sulung ku...


aku telah dimasukkan ke hospital baling pada 9.3.2009 ( ulangtahun perkahwinanku yang pertama) kerana 'liking'... seharian dihospital tiada sebarang tanda menyatakan aku ingin melahirkan.pada jam 5.00pg aku telah turun darah sedikit...nak dekat kot..kerana dalam masa 24 jam aku masih x bersalin aku dihantar ke hospital sungai petani pada 8.00pg pada tarikh 10.3.09.. aku dimasukkan ke wad pada jam 12.00tgh..punya la lapar masa tu mana tak nye pendaftaran punye la lambat...geram jer...

jam 2.00ptg aku dimasukkan ubat untuk mempercepatkan kelahiran...selepas masuk ubat aku mengalami sakit dan kontraksi..sat sakit sat dak...jam 9.00mlm aku telah dihantar ke labor room untuk melahirkan...setelah air ketuban dipecahkan aku rehat dalam 2,3 jam kot..( xpastu sebab xde jam masa tu) dalam jam 4.00 pg aku dan kandungan diperiksa n keputusannya jantung anakku lemah dan perlu dibedah segera... berjurai air mataku kerana aku xmau dibedah...dalam air mata yang berlinang aku terpaksa menyain sendiri surat untuk dibedah semua kerana anakku tersayang...

aku ditolak ke dewan bedah dengan segera...pembedahan bermula dengan separuh badanku dibius..walaupun ingin merasai bagaimana untuk dibedah...tapi aku tertido kerana terlalu letih..sedar2 ada bunyi bayi menangis alhamdulillah telah lahir zuriatku dengan berat 3.52kg pada 11.3.2009 jam 5.19pg...yang diberi nama Muhammad Ali Haidar bin Mohd Shah...