Sunday 24 May 2009

Ayah dan Anak


Ni dia 2 heroku....ayah dan Ali..amboi manjanye dia...sory bang...

Tuesday 19 May 2009

Putera Sulung ku...


Kenangan dan pengalaman melahirkan putera sulung ku...


aku telah dimasukkan ke hospital baling pada 9.3.2009 ( ulangtahun perkahwinanku yang pertama) kerana 'liking'... seharian dihospital tiada sebarang tanda menyatakan aku ingin melahirkan.pada jam 5.00pg aku telah turun darah sedikit...nak dekat kot..kerana dalam masa 24 jam aku masih x bersalin aku dihantar ke hospital sungai petani pada 8.00pg pada tarikh 10.3.09.. aku dimasukkan ke wad pada jam 12.00tgh..punya la lapar masa tu mana tak nye pendaftaran punye la lambat...geram jer...

jam 2.00ptg aku dimasukkan ubat untuk mempercepatkan kelahiran...selepas masuk ubat aku mengalami sakit dan kontraksi..sat sakit sat dak...jam 9.00mlm aku telah dihantar ke labor room untuk melahirkan...setelah air ketuban dipecahkan aku rehat dalam 2,3 jam kot..( xpastu sebab xde jam masa tu) dalam jam 4.00 pg aku dan kandungan diperiksa n keputusannya jantung anakku lemah dan perlu dibedah segera... berjurai air mataku kerana aku xmau dibedah...dalam air mata yang berlinang aku terpaksa menyain sendiri surat untuk dibedah semua kerana anakku tersayang...

aku ditolak ke dewan bedah dengan segera...pembedahan bermula dengan separuh badanku dibius..walaupun ingin merasai bagaimana untuk dibedah...tapi aku tertido kerana terlalu letih..sedar2 ada bunyi bayi menangis alhamdulillah telah lahir zuriatku dengan berat 3.52kg pada 11.3.2009 jam 5.19pg...yang diberi nama Muhammad Ali Haidar bin Mohd Shah...