Monday, 24 August 2009
Sunday, 23 August 2009
Selamat Berpuasa....
Selamat berpuasa kepada semua umat islam di dunia..aku baru sat tengok blog org2 lain..ooo..camtu nak buat blog..ari ni nak citer pasal bulan pose ni..
tahun ni tahun ke 4 aku berpuasa di Baling kedah.. kat sini yang best bazar ramadannya.. makanan semua yang terlintas di fikiran ada dijual disini... harga pun ada yang sekupang sebijik..beli seringgit dah kenyang.. untuk 2 hari ni aku beli ala-ala kaf\dar jer.. lagipun xjejak pun lagi bazar ramadan...bukan aper susah nak parking keta..kalu bawa hubby aku lagi la malas dia..inikan pula nak bawa si kecik tu..susah..susah..
pagi ni sikecik bangun sahur biasa la dia pun nak bersahur juga, berbuka dia yang dulu...hehehe
Sunday, 24 May 2009
Tuesday, 19 May 2009
Putera Sulung ku...
Kenangan dan pengalaman melahirkan putera sulung ku...
aku telah dimasukkan ke hospital baling pada 9.3.2009 ( ulangtahun perkahwinanku yang pertama) kerana 'liking'... seharian dihospital tiada sebarang tanda menyatakan aku ingin melahirkan.pada jam 5.00pg aku telah turun darah sedikit...nak dekat kot..kerana dalam masa 24 jam aku masih x bersalin aku dihantar ke hospital sungai petani pada 8.00pg pada tarikh 10.3.09.. aku dimasukkan ke wad pada jam 12.00tgh..punya la lapar masa tu mana tak nye pendaftaran punye la lambat...geram jer...
jam 2.00ptg aku dimasukkan ubat untuk mempercepatkan kelahiran...selepas masuk ubat aku mengalami sakit dan kontraksi..sat sakit sat dak...jam 9.00mlm aku telah dihantar ke labor room untuk melahirkan...setelah air ketuban dipecahkan aku rehat dalam 2,3 jam kot..( xpastu sebab xde jam masa tu) dalam jam 4.00 pg aku dan kandungan diperiksa n keputusannya jantung anakku lemah dan perlu dibedah segera... berjurai air mataku kerana aku xmau dibedah...dalam air mata yang berlinang aku terpaksa menyain sendiri surat untuk dibedah semua kerana anakku tersayang...
aku ditolak ke dewan bedah dengan segera...pembedahan bermula dengan separuh badanku dibius..walaupun ingin merasai bagaimana untuk dibedah...tapi aku tertido kerana terlalu letih..sedar2 ada bunyi bayi menangis alhamdulillah telah lahir zuriatku dengan berat 3.52kg pada 11.3.2009 jam 5.19pg...yang diberi nama Muhammad Ali Haidar bin Mohd Shah...
Wednesday, 27 February 2008
Yang ku kenal.....
Tanggal 3.10.2005 aku telah dipostingkan di sini..daerah Baling yang tidak pernah ku kenali...dari awal memikirkan posting aku sering menyebut "jangan la dapat kat baling"...walaupun aku mmg x kenal kat maner tu baling tapi..aku bagaikan telah dirasuk supaya tidak memilih BALING...pelbagai anggapan org ramai tentang baling..diantaranya
** hulu sangat
** kemudahan tiada
** susah.. n macam-macam lagi
dan yang paling tersemat kat hati aku bila org baling sendiri tak mau duk baling...pelik...pelik...
tapi bak kata org ' yang tak nak tu yang dapat', 'xkenal maka tak cinta', 'cuba dulu baru tau'dan macam-macam lagi..so aku pun terpaksa rela untuk keje di baling ini...sedih + gembira(dapat gak aku keje)+geram = PASRAH aje la....
Cukup setahun aku keje sini...aku jadi syok plak tapi..aku dah janji dengan parent cukup setahun aku balik TAPAH..sebab aku jauh dengan keluarga..almaklumlah kat sini sedara pun takde boyfrend jauh sekali..aku pun isi borang tukar..tapi
jeng jeng jeng ada seorang insan tak bagi aku tukar..kenaper??persoalan timbul didalam otak aku yang lambat pick up ni...rupa-rupanya aku bertemu jodoh disini...
aku kenal dalam masa 9 bulan dan kami mengikat tali pertunangan dan 6 bulan kemudian aku mengikat tali perkahwinan..hari ni 28.2.2008 last hari aku keje sebab 9.3.2008 ( lagi 10 hari) aku akan menjadi isteri orang ....doakan aku bahagia bersamanya sehingga akhir hayat kami berdua....
Tuesday, 26 February 2008
Kawan-kawan lama...
Sekarang ni nak jejak kasih la..mana la kawan-kawan seperjuangan ku dulu..
sesiapa yang pernah bersekolah dengan ku leh la masuk dalam blog ni yer...
Sek Rendah - SRK Datuk Kelana, Tapah - 1987-1992
Sek Menengah - SMAD Batang Padang, Bidor - 1993-1997
IPT - EDI Ipoh - 1999-2001
IKU - 2002-2005
leh la yer hubungi ku...Rindu kalian semua...
sesiapa yang pernah bersekolah dengan ku leh la masuk dalam blog ni yer...
Sek Rendah - SRK Datuk Kelana, Tapah - 1987-1992
Sek Menengah - SMAD Batang Padang, Bidor - 1993-1997
IPT - EDI Ipoh - 1999-2001
IKU - 2002-2005
leh la yer hubungi ku...Rindu kalian semua...
Subscribe to:
Posts (Atom)